twitter
rss


Klik sini KOMUNITI NOVEL KALAU nak join


"Awak memang tak ada perasaan langsung pada saya ke? Sikit pun tak ada?"



''Tak ada. Hati saya untuk orang lain,” tegas Marina. Sudah berkali-kali dia mengingatkan Zarith supaya tidak menimbulkan semula isu ini. Namun, Zarith langsung tidak menghiraukannya.



“Kalau awak masih lagi nak berkawan dengan saya. Tolong jangan bangkitkan semua semua soalan bodoh. Awak tak rasa ke ini semua mengarut? Kita baru sahaja kenal. Tak sampai tiga bulan Zarith. Dan sekarang kau luahkan pada aku yanag kau sukakan aku, cintakan aku? Memang mengarut!" Marina berasa sungguh geram.


Buat Marina, dia tidak mudah mempercayai lelaki, apa tidaknya baru saja kenal, sudah pandai mengucapkan kata-kata cinta. Lagipun, Dia masih lagi bergelar seorang pelajar. Masih mentah lagi. Dia tidak mahu terlalu memikirkan tentang cinta.



"Rina…perasaan ini datang tanpa saya pinta. Saya tahu, saya tidak seperti kebanyakkan lelaki di luar sana. Saya tak kisah, awak cakaplah apa yang awak nak cakap. Yang saya tahu memang dah jatuh cinta pada awak. Hanya awak Rina.”


Zarith terus berbicara. Dia mahu meyakinkan Marina tentang perasaannya. Dia bukan main-main. Dia iklhlas terhadap Marina.



''Zarith…awak memang tak tahu malu. Orang tak mahu..tak mahulah…..gilalah awak ni.” Marina makin geram. Pelik sungguh dia dengan gelagat Zarith hari itu.


Dia masih ingat lagi. Saat pertama kali dia mengenali Zarith. Teruk Zarith dikutuk olehnya. Dikatanya Zarith budak skema, kolot dan old fashion. Namun begitu Zarith tetap tampil sebagai pelajar cemerlang.


Namun setelah dia benar-benar mengenali Zarith, Marina berasa senang berkawan dengannya. Hanya sekadar kawan. Tidak lebih dari itu. Dalam dirinya tiada istilah cinta. Belum tiba masanya.


''Saya tak mampu menipu diri saya Rina. Saya memang cintakan awak. Awak telah berjaya membuka pintu hati saya. Rina…perasaan ini sukar untuk saya tepis. Kerana saya tak mampu hidup tanpa awak di sisi.” terdengar keluhan kecil di hujung talian.


Marina mengeluh perlahan. Dia sendiri tidak faham dengan situasi yang berlaku ini. Kenapalah Zarith terlalu awal mengucapkan perasaannya, di saat hati Marina berada di persimpangan. Dia sedar hatinya kini telah menyintai jejaka lain. Namun cintanya jua tidak berbalas.


Apa tidaknya dia belum mampu menyatakan perasaannya pada jejaka itu. Entah sampai bila Marina harus begini. Seperti bermain tarik tali pula lagaknya. Alangkah manisnya kalau dia dapat berkawan, dapat mengenali jejaka itu dengan lebih rapat. Lantas dia boleh meluahkan persaan yang dia pendam selama ini.


''Hrmm… Biarlah takdir yang tentukan segalanya. Andai ada jodoh di antara kita pasti kita akan bersama. Buat masa ini biarlah kita begini. Mungkin ada gadis yang lebih baik untuk awak di luar sana nanti. Kita masih muda Zarith. Banyak lagi rintangan yang akan kita harungi, Mungkin di alam pekerjaan nanti awak akan jumpa gadis yang lebih baik dari saya.” Marina melepas keluhan berat. Penat bila mula berbicara tentang perasaan. Dia berharap sangat Zarith termakan dengan pujukkannya. Dia tidak mahu Zarith membuang masa menunggu dirinya.


“Saya hormati keputusan awak Rina. Tapi kita masih boleh berkawan kan! Namun, Saya tak akan berhenti berharap untuk meraih sekeping hati awak Rina. Saya akan tetap menunggu awak. Itu janji saya pada awak.” Zarith masih lagi mencuba.


“Cukuplah Zarith. Okeylah saya nak tidur, dah lewat malam.” Rina cuba mengelak. Talian terus dimaktikannya.



*****

Hingga kini Marina dan Zarith berkawan baik. Berkawan seperti biasa. Seperti tiada apa-apa pun yang berlaku. Mereka mesej,telefon, keluar makan, discussion..semuanya mereka lakukan bersama. malah teman-teman sering mengusik mereka. tapi Marina tepis dengan istilah kami hanya ''teman tapi mesra''. Zarith juga sama, amat menghormati istilah itu.



Semenjak dia berkawan dengan Zarith, dia tidak pernah keluar dengan sesiapa. Seolah-olah, Zarith merupakan kekasih dia, dan dia wajar setia dengan Zarith. Entah mengapa dia melakukan itu semua. Cintanya yang tidak kesampaian sedikit demi sedikit dia lupakan. Namun, setiap kali Zarith bertanya apa perkembangan antara dia dengan cinta hatinya itu, Marina memberitahu Zarith bahawa dia bahagia, sedangkan semua itu tidak pernah wujud sama sekali. Marina tidak mahu menjilat ludahnya kembali. Dia khuatir jika dia berterus tentang kekasih hati yang tidak pernah sama sekali kesampaian, Zarith akan mentertawakannya.



Tetapi lelaki itu masih dengannya. Semalam… hari ini dan seterusnya. Marina masih lagi terkapai-kapai berada di persimpangan antara cinta hatinya yang tidak pernah perasan kehadirannya dan Zarith yang sering berada di sisi dia. Antara nyata dan tidak nyata. Marina sendiri tidak mengerti apa lagi yang dia nantikan? Alangkah indahnya apabila kita mengetahui ada seseorang yang mengambil berat pasal kita. Sering berada di belakang kita saat kita memerlukan sokongan. Sering ada di sisi bagi meminjamkan bahu saat kita menangis.dan kita tahu dia tidak pernah mengharapkan balasan. Namun, itu bukan alasan untuk dia mengambil kesempatan di atas keiklhasan Zarith itu.



******


Mustahil dia tidak terkesan dengan keikhlasan Zarith. Lama kelamaan, luluh jua hatinya terhadap sikap Zarith. Baru kini Marina perasan, betapa Zarith juga mempunyai paras yang menarik. Senyumannya, matanya. sesuai dengan hatinya yang bersih yang tidak menyimpan dendam, kerana selama ini dia sering tidak peduli Zarith yang berada didepan matanya. Malah, bersusah payah pula dia mencipta khayalan ingin bersama sesuatu yang tidak nyata.



Namun, semua itu sudah terlambat, sejak kebelakangan ini, dia sering melihat Zarith bersama seorang gadis, ayu orangnya, bertudung dan sangat bersopan santun. Marina menyembunyikan rasa hati yang sudah mula membuahkan rasa cemburu. Dia menipu hatinya sendiri. Walaubagaimanapun, hatinya terasa lega apabila sikap Zarith terhadap dia masih lagi sama dan tidak pernah berubah. Masih sama seperti dahulu.


Suatu hari, buat kali terakhirnya Zarith bertanya kepada Marina tentang cinta hati Marina. Kali ini, Marina mengaku dengan sejujur-jujurnya apa yang sebenarnya terjadi, bahawa cinta itu tidak pernah wujud. Tentang dia yang tidak pernah keluar dengan sesiapa pun selain Zarith. Dia akui semua itu rekaan semata-mata. Malah Marina juga mengakui perasaannya kepada Zarith sudah mula berputik.



Marina tahu Zarith terkejut. Tapi itulah kenyataanya. Dia melihat riak wajah Zarith sedikit berubah. Terkejut. Zarith tidak pasti apa perasaanya kala itu.


“Zarith, sayang mula sayangkan awak. Yup, saya cintakan awak. Saya sendiri tidak pasti bila perasaan itu hadir,” akui Marina jujur.



"Kalau macam tu, kita kahwin? kita bertunang dahulu lepas itu kita nikah," ucap Zarith ceria.


Marina hanya mengangguk kegembiraan. Lega rasa hatinya mendengar kata-kata yang lahir dari mulut Zarith. Khuatir juga Marina jika Zarith mempunyai orang lain. Tapi, bila melihat raut wajah Zarith yang bersungguh-sungguh dia jadi yakin. Marina sungguh yakin Zarith masih mencintainya, menyayangi sama seperti dahulu.



*****


Bak kata pepatah, langit tidak selalunya cerah. Seminngu selepas itu, Zarith merancang untuk keluar makan bersama, kali ini bagi Marina, pertemuan itu sungguh istimewa. Masakan tidak Zarith sudah secara rasminya menjadi kekasihnya. Tapi, keceriaannya mati saat mereka terserempak dengan seorang gadis yang pernah dia lihat sebelum ini. Tapi di mana. Dia ingat-ingat lupa. Zarith pula kelihatan serba salah. Dia meminta izin bertemu dengan gadis itu, Marina mengizinkannya. Mungkin ada seuatu yang ingin Zarith perkatakan.


Dia dapat melihat dengan jelas, mereka berbual sesuatu, sesuatu yang serius sehingga dia melihat mata gadis itu berkaca-kaca. Cukup terang untuk dia melihat semua itu di bawah cahaya lampu yang terang benderang. Otaknya ligat berfikir, memorinya terimbas kembali. Baru dia teringat, gadis itu adalah gadis yang sama. Gadis yang selalu bersama Zarith dahulu. Entah mengapa dia tidak pernah bertanyakan hal itu kepada Zarith.


Setelah habis berbual dengan gadis itu, Zarith kembali duduk di hadapan Marina. Zarith tidak mengangkat wajahnya untuk bertentangan mata seperti selalu. Marina mula merasa pelik. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Perasaan cemburu mula menguasi dirinya. Tapi dia harus berfikiran rasioanal.



''Siapa dia?'' tanya Marina lembut.



''Najihah." pendek dan ringkas. Namun dapat Marina dengar getaran suara Zarith.



''Ada apa-apa yang saya tak tahu?'' panggilan aku dengan Zarith kini bertukar daripada 'aku kau' kepada 'saya awak' pula setelah dia menjadi kekasih Zarith.



Senyap. Tiada jawapan.



Tahulah Marina kini bahawa dia sememangnya sudah terlambat. Terlampau lambat. Marina terlalu yakin yang Zarith masih mencintainya, tetapi dia lupa, hati Zarith yang terluka tidak pernah dia jaga, tidak pernah dia rawat, tidak pernah dia bela. Jadi, di saat hatinya kesakitan, Marina tahu pasti ada yang menawarkan diri untuk menjaga, merawat dan membelanya.



''Dah berapa lama awak kenal dia?" getus Marina.



''Hampir setahun," jawab Zarith jujur. Matanya masih tidak memandang wajah Marina. Dia rasa serba salah.



"Saya rasa cukup lama untuk membuahkan cinta," Marina cuba berlagak tenang. Walhal hatinya sudah merintih kesedihan. Hal yang ditakutkan oleh dia sudah berlaku.



"Tapi Rina, saya dengan dia sekadar kawan saja. Kami tak pernah putuskan untuk bersama,'' Zarith cuba menjelaskan perkara yang pada Marina sangat palsu, untuk orang yang tidak pandai menipu seperti Zarith.


"Ya. memang tak pernah declare, tapi awak dan dia saling mencintai. Saya boleh lihat dari mata awak. Cara awak pandang dia.”


Marina akui, cara Zarith memandang gadis itu, penuh rasa cinta. Sama seperti Zarith memandangnya dahulu. Namun, kini tidak lagi. Marina cuba menahan airmata.



"Saya tahu, awak terikat dengan janji awak dengan saya. Awak berjanji awak akan tetap sayang dekat saya, dan akan teguh dengan pendirian itu. Tapi awak tak sedar, lumrah hidup. Pendirian itu umpama lalang yang jika ditiup angin, akan goyahlah ia. Pergilah kepada dia. I don't mind…awak tetap kawan saya," serentak itu air mata Marina mengalir.


Zarith kaget melihat Marina dan berusaha menenangkan Marina.



"Saya bodoh kan? Boleh jatuh cinta dengan orang lain walaupun saya sudah berjanji dengan awak. Tapi saya cintakan awak lebih dari saya mencintai dia Rina,” Keluh Zarith.



"Tak! awak tak bodoh. Malah saya kagum kerana awak cuba tepati janji sedangkan hati awak terseksa. Tapi awak bodoh bila awak tinggalkan perempuan sebaik itu," Air mata Marina mengalir lagi. "Pergilah Zarith, awak pergi cari Najihah. Dialah jodoh awak."



Sememangnya, Marina sudah bersedia menghadapi situasi ini. Cuma dia tidak menyangka dia akan harungi di saat hatinya sedang bahagia. Namun dia pasrah pada ketentuan takdir.



"Pergilah! kalau awak anggap saya kawan baik awak, pergi kejar dia, pergi! kalau tidak awak akan menyesal!" serentak itu Marina bangun meninggalkan restoran yang menyaksikan pelbagai kisah suka duka antara dia dan Zarith.


Mungkin inilah nasib Marina. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Marina sama sekali tidak menyalahkan Zarith, Zarith berhak mendapat yang lebih baik.



Sejak peristiwa itu Marina tidak mendengar lagi berita tentang Zarith, sehinggalah kad jemputan Zarith ada dalam peti surat. Marina mengeluh. siapalah lagi yang rela mendengar keluh kesahnya? Buat sementara ini, biarlah dia begini. bergantung pada redhaNya. Marina serahkan jodoh ketentuannya kepadaNya. Masih adakah lagi jodoh yang lain setelah dia menolak pemberianNya selama ini? kali ini Marina merasakannya, Zarith! Cinta ini sukar ku larang…..


Marina benar-benar menyesal, sesal yang tak berkesudahan….

2 comments:

  1. wah..diz story is unique..like it very much..

  1. tq nia moon....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...